Sunday, September 13, 2009

11 SEPTEMBER??!

Baru Wan teringat, dua ari lepas 11 Sept kan?
ingatkah anda pada tragedi 11 Sept???
tragedi keganasan terburuk dalam era dunia moden alaf baru yang berlaku pada 11 September 2001.

 
sebelum kejadian
detik2 runtuhnya WTC
kronologi serangan...

Untuk pengetahuan korang, serangan 11 September 2001 ialah empat siri serangan pengganas yang berlaku selang beberapa minit setiap satu. Pengganas berkenaan telah mengambil alih empat pesawat dan melanggar tiga bangunan di Amerika Syarikat.
  1. American Airlines Penerbangan 11, melanggar menara World Trade Center utara
  2. United Airlines Penerbangan 175, melanggar menara World Trade Center selatan
  3. American Airlines Penerbangan 77, melanggar Pentagon.
  4. United Airlines Penerbangan 93, menjunam ke tanah.
 
  
perspektif berbeza...
Kesemua penumpang dari keempat-empat pesawat terkorban. Manakala ribuan nyawa di World Trade Center (WTC) dan Pentagon terkorban. Jumlah keseluruhan sekitar 3000 orang terkorban dalam tragedi berkenaan. Kedua-dua menara World Trade Center musnah sama sekali. Menurut beberapa sumber, tragedi ini merupakan serangan terbesar oleh bukan Amerika kepada Amerika Syarikat sejak 1814.

 
keadaan WTC selepas serangan 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...