"Aiya Wan, apa macam lama mau kelua ini samungan punya trip woO". "ala, apek.. sabar cikit loO, gua manyak cbok ini minggu laa..."
Ok, Wan sambung semula kisah trip aritu...
Lepas melalui macam2 rintangan akhirnya Wan pun sampai kat rumah Che Din tepat jam 4.30 petang. Nampaknya ni 2'nd time Wan pegi rumah kawan kat Kelantan nih. Yang 1'st dulu masa sem 3, time tu Wan & 2 orang lagi kawan, Eddy & Hakiem nak balik Johor naik kereta api dari Tumpat ke Kluang.
Walaupun Wan kat sana cuma beberapa jam tapi sempat jugak pegi tengok2 kebun tembakau kepunyaan famili Che Din nih. Tapi masa Wan datang tu semua pokok tembakau dah mati sebab dah tua & nak prepair tuk tanam yang baru. Yang tinggal cuma tanaman selingan, pokok tembikai. Haa, pasal tembikai nih yang bestnya orang2 kat sini panggil die 'timun'. Hehe, nak tergelak Wan dengar. Setau Wan, timun yang dah ter'set' kat otak Wan ni bentuk dia silinder & jauh beza dengan tembikai yang bulat tuh.
Mula2 plenning nak buka kat jalan je masa balik nanti, sbab risau lewat sampai campus. Tapi famili Che Din suh buka kat situ, so nak tolak tak patut pulak kan?? Wa, masa buka punya la banyak lauk, segan plak rasanya. Dah la cuma bawak keropok je masa datang tadi.
Pas isyak trus grak balik Dungun, masa bertolak tu dah gerimis, dah la malam. Nyaya la jawabnya. Ondaway tuh, masuk je jalan besar KB-KT trus je ujan lebat. Aisey, nak wat camne nih, last2 sarung baju ujan & truskn perjalanan. Malas nak tunggu ujan berenti, jam dah pukul 9.00 dah. Malam tu sampai ke KT baru la ujan berenti.
Sampai Dungun lebih kurang pukul 1.00 pagi, masa tu sejuk gile. Macam masuk dalam icebox. Singgah restoran jap minum, tapi tengah minum2 kok tiba2 cerita kat tv tu best. Jadi lepak la kat sana sampai kul 2.30, pastu baru la balik Campus. Masa nak masuk post A tu nasib baiklah pak guard yang jaga tu tak banyak soal.
Sampai2 trus mandi, sahur & tido. Esok paginya tu suma class Wan pegi tak miss tau, walaupun badan penat gile sampai kebas2 punggung duk atas moto tuh. Ok la, stakat tu je untuk kali ini babai, dah ngantuk nih.
(tidak disertakan gambar oleh kerana betri enset dah kong sejak kat umah Che Din lagi)
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment