Monday, September 28, 2009

RAYE?? I M BECK....


Waa.. akhirnya Wan sampai semula kat kampus setelah seminggu bercuti raya dirumah. Walau pOn tak puas lagi, redha jela... nak wat cane. Tu pOn nasib baik dapat balik sini, walaupon tak dapat tiket.
Semalam Wan tumpang Fizi balik naik Satria die dari JB, sekali dia & Ijan. Dah amik Wan beraya la skali kan?? 6jam perjalanan, jem gak jalan time kat Kuantan masa tuh.


Waa.. sampai gak akhirnye...
Cuti raya ni Wan langsung tak dapat Online apa lagi nak update blog nih. Banyak benda yang berlaku sepanjang seminggu Wan Cuti raya kat rumah, Wan nak summerize&kongsikan kat sini.

Balik Kampung:

Ramai sungguh yang nak balik malam tu....
- part ni yang agak kucar-kacir sikit, awal2 lagi dah serabut. Bukan apa, Wan salah tengok tiket masa tu. Wan ingatkan balik malam nih... rupa2nya malam esok, huhu...gitu la citenya. Itu la, lain kali check betul tiket tu sebelum nak balik. Exiceted sangat nak balik, huhu...

tapi last2 tinggal Wan & budak Keluang ni je yang tinggal jam 1pagi

ujan sepanjang perjalanan....
- Waktu baliknya malam esoknya pulak, Bas Wan, Bas Cepat Express merupakan antara bas terakhir malam tuh, 12.15 pagi. Kalau terakhir je takpe, pastu tambah lambat lagi sejam, last2 jadi la bas tu sampai 1.15 pagi. Dah la Wan sorang2 kat situ, risau kalo2 bas tu terlupa nak berenti ke, memang tak balik beraya la jawabnya. Lastly, Kul 9.30pagi Wan sampai, direct sampai depan kampung.

Preparation:

banner ditengah2 pasar Parit Raja

Persimpangan P.Raja lengang jam 3pagi
- Raya taun ni, persiapan ala kadar jek. Baju raya pOn Wan cari last minit, beli masa malam raya kat Parit Raja. First time Wan stay kat sana sepanjang pagi raya, dari kul 1-4pagi. So, dapatlah Wan tengok situasi sebenar lelong-melelong dipagi raya, waktu ni lah yang paling sesuai untuk berbelanja, hehe...

Kue raye murah2... lelong2

beli2 jangan tak beli... 2 pasang Rm80

murah2 bang!! nak cuba dulu pOn boleh, borong4x.... 
(MERCUN & BUNGA API)

- Kebanyakan biskut, kuih raya & mercun jatuh harga 50%, pakaian sehingga 40%. Part yang paling best mercun lee... dah la murah pastu siap bleh test lagi sebelum beli. Tak sangka pulak Wan, pagi tu sebesar2 bapak mercun keluar, siap display berlonggok2 atas meja. Ada la dalam 5@6 gerai, macam kat Parit Raja nih xde Polis lagaknya. KLCC, Merdeka, tu jela nama2 bunga api yang Wan tau, yang lain ape ntah nama die.

Marhaban:

Marhaban kat rumah ketua kampung...

 di salah sebuah rumah penduduk

- Menjadi adat&kemestian bagi masyarakat JOHOR dibulan Syawal nih. Aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah penduduk kampung. Biasanya dipanggil sebagai "Bara'an" oleh masyarakat Jawa, begitu juga dikampung Wan.
- Biasanya diadakan pada awal bulan Syawal, depend pada kampung. Kalau kampung Wan, Kampung Parit Tengah biasa dibuat pada raya ke-2 & memakan masa sehari sahaja. tapi ada juga kampung yang buat seawal raya pertama, selepas solat sunat Aidilfitri.
- Secara keseluruhanya, bagi Kampung Wan yang berkapasiti 300+/- rumah. Marhaban dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 'qariah Darat'(hulu-kaw Wan),'qariah beteng'(tengah) & 'qariah laut'(hilir). Itu baru marhaban lelaki, marhaban perempuan & marhaban qariah surau pula menyusul selepas raya ke-5. Bagi kami masyarakat Johor, tradisi inilah yang memeriahkan lagi sambutan Syawal. PROUD OF IT:)

Beraya:

Beraya kat Kulai, rumah nenek belah mak


Ziarah pusara nenek belah ayah

- Takleh miss.. raya, mestilah beraya. Pagi raya lepas sembahyang, terus 'berkonvoi' gerak pergi beraya dirumah nenek kat Kampung Ayer Manis, Kulai. Sampai sana, ramai sanak-saudara menunggu & terus 'berkonvoi' ke rumah saudara-mara terdekat disana. Last2, petang baru habis & gerak balik.


Beraya paling jauh woO....
- Raya ke-2 marhaban, raya ke-3 tak leh kemana sebab ramai sangat saudara-mara datang beraya. Raya ke-4 beraya ke rumah kawan2 sekampus seperti yang dirancangkan sebelum nih. Bermula seawal 8.00pagi Wan gerak ke rumah Eddie diParit Sulong. Kemudian berdua gerak ke rumah Hakiem di Sg.Mati, Muar & terus ke rumah Farah di Melaka. Di Melaka, Syafiq & Nazri dari Bkt.Senjata, Segamat dah sejam menunggu dirumah Farah. Dari Melaka, kami bertujuh(+ adik Farah) 'berkonvoi' ke rumah Fiza di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Merupakan pengalaman beraya paling jauh penah Wan pergi dalam masa sehari. Kul 9.00malam baru sampai rumah, penat weh.

Aktiviti:


beshnyer jadik budak2, hehe....
- Bila raya, conform mercun&bunga api tak miss. Sampaikan kalo takde tu, rase macam tak best jek raya. Tapi beberapa taun kebelakangan nih Wan lebih suka beli dari main, huhu.... bagi kat adik2 suruh dieorang main(apalah punya abang... don't be like this yaa, hehe...), sebab Wan rasa mercun sekarang macam dah tak best. Tak 'KAW' macam dulu, tak tau la sebab kualiti mercun tu dah turun ataupun Wan sendiri yang dah beso(dah lali & tak heran)
- Tapi Wan masih setia kepada yang lebih tradisional&adventure iaitu.... jeng3x.. MERIAM TANAH, hahaha....kaw beb, ada bran????

bahan mentah, jeng3x....


hasilnyer....
 huhu.. gambo tak bape jelas la..
- BBQ... hmmm, interesting. Malam raya Ke-4 lepas balik beraya kat K.Pilah, Wan terus buat BBQ tuk famili pulak, walaupun penat lagik, huh... Tak kisah la, kalo tak bila lagi. Lagipun malam tu takde tetamu. Sejak raya pertama memamg pack sangat, baru malam nih la yang sempat. Malam tu, 2 ekor ayam, hotdog & daging berjaya di'settle'kan, huhu...

Ok stakat ni jek dulu... babai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...