Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan Kereta Perisai Pengangkut Tentera (Armoured Personnel Carrier), Kenderaan Tempur Infantry (Infantry Fighting Vehicle), Kenderaan Tempur Berperisai (Armoured Combat Vehicle) dan juga dengan Kereta Kebal.
Kor Armor DiRaja mempunyai kekuatan dan kelengkapan berikut:
5 Rejimen Armor + 1 Skuadron Armor (Para)
- 48 x PT- 91 Twardy Kereta Kebal Tempur (diterima 2009-2010)
- 14 x PT- 91 Twardy Kereta Kebal Bantuan
- 6x WZT-4 kenderaan kembalik berperisai (ARV)
- 3x MID-M kereta kebal jurutera
- 5x PMC Leguan – kereta Kebal pelancar jambatan (AVLB)
- 26 X FV101 SCORPION 90 (CVR(T))
- 184 X SIBMAS 90 AFSV
- 211 X ADNAN ACV (dalam 10 versi termasuk yang dilengkapkan meriam 25mm BUSHMASTER, Baktar Shikan ATGW)
- 111 X KIFV K200 (KOREA MODERNISED KIFV)
- 460 X RADPANZER CONDOR (sebanahgian bersenjatakan 20MM)
- 25 X [Alvis Stormer|STORMER]] APC(sebahagian bersenjatakan 20MM)
- 70 HARIMAU 50 Kenderaan Peninjau (Daimler Ferret yang dimodenkan)
- 80 X Haaglunds BV206 termasuk dengan RADAR ARTHUR pengesan artileri
ACV-300S Adnan
Rekabentuk Adnan ACV-300S adalah berasaskan kepada rekabentuk kenderaan ACV-300 yang dikelaurkan oleh FNSS untuk tentera Turki. Kenderaan ini berasaskan cassis teruji yang digunakan untuk kenderaan perisai M113 Tentera Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas seluruh dunia. Adnan ACV-300S berkebolehan melakukan operasi amfibi merentasi sungai dan lain-lain halangan air.
Ia dilengkapkan dengan mesingan berat FN-Herstal 12.7mm dan mempunyai Sistem Penentu kedudukan Sejagat (GPS), system amaran laser dan pelancar grenad 76 mm. Sebilangan Adnan dilengankan dengan pelancar misil anti kereta kebal Bhaktar Shikan.
PT-91 Twardy
Kor Armor DiRaja akan dilengkapkan dengan 48 buah kereta kebal tempur jenis PT-91 Twardy yang dipesan dari Poland. Kereta kebal ini adalah versi kereta kebal T-72 yang dimodenkan dan dilengkapkan dengan peralatan elektronik dari Perancis. Penghantarannya dijangkakan selesai tahun 2010
PT-91 Twardy menjadi pilihan kerana profilnya yang rendah dan mempunyai berat tempur yang ringan (42 tan) berbanding dengan berat tempur melebihi 60 tan untuk kereta kebal dari negara barat seperti Challenger II, Leopard II dan M1 Abrams.
Kereta kebal LeClerc dari negeri Perancis juga mempunyai berat tempur dalam lingkungan 45 tan tetapi tidak dapat menandingi harga yang ditawarkan. Korea Selatan juga menawarkan kereta kebal jenis K1 buatan Hyundai kereta
No comments:
Post a Comment