Huh.. settle gak akhirnya Test Fluid Mechanic Wan malam nih. Subjek 'killer' cos Wan yang pernah men'dismiss'kan 4 orang kawan2 Wan semester lalu. Mintak2 apa yang Wan buat tadi betul & takde 'silly mistake', sebab soalan tadi pun leh kata tak berapa susah gak la.
Bila ada test ni tadi comfrm la tak pegi terawih kan? ish2.. ko ni Wan, huhu. Esok hari khamis dah la nak wat part time kat Mydin. Kena la tido awal sikit malam nih. Wan takde class esok, so daripada apa orang Ganu cakap 'duk saje' baik Wan buat benda yang berfaedah, dah la nak raya nih.
Siang tadi sebenarnya bilik Wan kena 'ambush' dengan En. Syam, Pengurus kolej Gemia. Dieorang buat spotcheck barang elektrik secara rawak bilik ke bilik. Jadi bilik Wan ni agak menarik kan? so terpilih la untuk dimasuki oleh beliau.
Hasilnya berlaku lah adegan cemas, aksi berbalas tembakan dari pihak yang meng'ambush' dan yang kena ambush. 30minit kemudian pihak yang kena ambush terpaksa mengalah kerana kehabisan peluru. Akibatnya, beberapa barangan elektrik menjadi 'harta rampasan perang'. Haha, dipendekan cerita, barang2 elektrik kat bilik ni kena sita.
Budak2 bilik ni memang degil sikit, selagi tak kena paksa takde la nak pegi register barang2 elektrik tuh. So, petang tu jugak la pegi register, dah la kena bayar RM10 tuk satu barang, abis pokai la Wan. Mana tak nyer laptop+printer+charger enset= RM30, tu tak masuk romate Wan lagi yang ada streka, heater, enset&laptop lagi la comfrm ada kan?
Masa duk bual2 ngan En Syam tadi, dia bagitau Wan yang dia balik Pontian raya nih, sebab orang rumah dia asal sana. Raya ni dia beraya kat Pontian la. Dia offer gak balik Johor sama, tapi Wan terpaksa tolak sebab Wan dah terbeli tiket daa... ish, melepas kalo tak dapat balik free la jawabnya.
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment