Sempena cuti Hari Kebangsaan semalam, Wan pegi temankan kawan Wan, Che Din balik rumah dia kat Pasir Puteh, Kelantan. Sebenarnya memang dah 2-3 hari Wan plenning nak ikut Che Din balik rumah die, sampaikan Wan skip dari buat part time kat Mydin cuti nih. Lagi pun agak bosan la aritu, sebab ramai gak yang balik rumah masing2.
Jam 11.00 pagi stat gerak dari campus pinjam moto Fahmi Fisol. Sampai Rantau Abang isi minyak, tapi waktu tu nampaknya cuaca tak berapa elok, mendung semacam. Memang tak bernasib baik, sebab sampai Kelulut hujan mula turun. Kena la berenti berteduh dulu, dah banyak masa abis kat situ.
Setengah jam pastu ujan mula reda sikit, Wan nekad nk redah je. Tapi tak jauh jalan, ujan jadi lebat semula. Arghh.. peduli la. pastu reda semula, macam main2 lak ujan nih. Akhirnya sampai kat Kuala Terengganu barulah hujan berenti, tapi baki perjalanan ada 110 km lagi.
Dari K.T Wan amik 'jalan pantai' untuk ke Kota Bahru sebab jalan ni baru lagi jadi tak berapa sibuk dengan kenderaan. Ini merupakan kali ke-3 Wan ke Kelantan, biasanya Wan guna jalan biasa K.T-K.B sebab sbelum ni tak tau ada jalan alternatif lain.
Sepanjang perjalanan memang sejuk gile, sebab masing2 basah kena hujan tadi. Tapi masa dah nak sampai Pasir Puteh, tetiba moto bocor plak. Ish, memang panik la sebab tak stanby apa2 pun. Tapi nasib baiklah moto tu bocor kat kawasan kampung, ada la jugak orang yang reti tukar tayar moto.
Sepanjang perjalanan tu Wan memang jumpa macam2. Masa lalu bandar Tok Bali, Wan terpukau dengan pemandangan & jambatan Tok Bali yang...... ntah la cane nak describe, agak mendaki ditengah2, curam. Lagi jauh nampak tinggi macam menara, hehe....
Jambatan Tok Bali
Tak kurang juga dengan keadaan sekeliling, yang pada Wan agak berbeza. Pada pendapat Wan suasana disini lebih kepada kehidupan dikampung. Ketika melalui jalan-jalan disini kebanyakan haiwan ternakan bebas berkeliaran di jalanraya, tak kurang juga najisnya yang berselerakan disana-sini. Anak-anak muda pula sangat bebas 'merempit' disana-sini seperti tiada sekatan dari pihak berkuasa. Berkonvoi, berkumpul ditepi2 jalan sambil mempairkan kehebatan masing2.
gagahnya ampa berjalan time posa...
ReplyDeletekesimpulanya, puasa tak membataskan pergerakan@aktivit seharian kite...
ReplyDeletethnks for reading....