Thursday, September 3, 2009

Perang Enam Hari



kronologi peluasan wilayah Israel 1946-2000

Maksudnya: " Orang kafir (Yahudi) dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."
(al-Maidah ayat 78)


peristiwa dibukukan untuk tatapan generasi muda

Sempena bulan Ramadhan ini, Wan nak imbas semula peristiwa 'Perang Enam Hari' yang pernah berlaku pada bulan Ramadhan tahun 1967 yang lalu. Peristiwa ini menjadi tanda Umat islam moden pernah bersatu menentang pembentukan negara Israel.


karikatur menunjukan warga Arab yang bersatu mengusir Israel

Segala-galanya bermula apabila pada 14 Mei 1948, buat pertama kalinya bendera yang berlambangkan ‘Star of David’, iaitu bendera rasmi Israel dikibarkan di negara Palestin. Keesokan harinya pula, pada 15 Mei 1948, negara haram Israel telah diisytiharkan kewujudannya dan disambut gilang-gemilang di seluruh dunia sebagai Hari Kemerdekaan Israel setelah memenangi Peperangan Arab – Israel yang pertama.

Pada bulan Jun 1967 pula, umat Islam dianda oleh satu lagi kekalahan besar. Pada tarikh tersebut jatuhlah pula Semenanjung Gaza, Tanah Tinggi Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dalam peristiwa yang disebut sebagai Perang enam hari. Peristiwa ini amat penting dalam batu tanda sejarah konflik Arab-Israel sejak tahun 1947 kerana bukan sahaja kekalahan ini menyebabkan wilayah-wilayah Arab seperti Bukit Golan, Tebing Barat, Sinai, Baitul Maqdis Timur dan Gaza jatuh ke tangan Israel, bahkan lebih penting lagi Masjid al-Aqsa menjadi tawanan Israel sehingga kini.

Pada 5 Jun 1967, tepat pukul 7.45 pagi waktu Israel (8.45 pagi waktu Kaherah), jet-jet pejuang Israel telah membedil kedudukan pangkalan tentera Arab di Mesir, Syria, Iraq dan Jordan. Sementara itu, pangkalan tentera udara Mesir di sekitar Kaherah, Terusan Suez dan Lembah Nil menjadi sasaran utama bedilan jet pejuang Israel. Serangan udara Israel ini menandakan permulaan perang 6 hari Arab-Israel 1967. Perang ini kemudiannya berterusan dari 5 Jun hingga 11 Jun 1967, sebelum Israel dan negara Arab bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata berdasarkan resolusi PBB 233, 234 dan 235.3.



Perang yang berlaku selama enam hari ini menyaksikan pakatan negara Arab yang diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser dari Republik Arab Bersatu (Mesir) tumpas kepada Israel dalam keadaan yang amat memalukan. Republik Arab Bersatu selain kehilangan wilayahnya di Gaza dan Sinai turut menyaksikan lebih 15 ribu tenteranya terkorban dan lebih 5000 lagi hilang tanpa dikesan. Manakala lebih 700 tentera Jordan terkorban dan 450 tentera Syria maut.


yang kalah menjadi abu...

Sementara bagi Israel pula 679 orang tenteranya telah terkorban. Dari segi kemusnahan kelengkapan pertahanan pula, lebih 15 peratus daripada kelengkapan tentera Republik Arab Bersatu bernilai lebih US$2 juta telah dimusnahkan termasuklah 320 kereta kebal, 480 senjata berat dan ringan dan 10,000 kenderaan tentera telah dirampas oleh Israel. Lebih 85 peratus kelengkapan pertahanan udara Republik Arab Bersatu telah dimusnahkan oleh Israel.

Menurut beberapa sumber yang Wan perolehi, kegagalan kesatuan Arab bukan sahaja datang daripada bantuan Amerika Syarikat. Bahkan juga terdapat diantara pemerintah tertinggi tentera dikalangan kesatuan Arab yang belot. Hal ini, dapat dilihat pada hari2 terakhir kempen peperangan apabila beribu-ribu kereta kebal Mesir yang mara ke Wilayah Israel dibiarkan tanpa diberi perlindungan udara daripada pesawat2 Israel. Menjadikan ianya sasaran mudah kepada pesawat2 udara Israel dan seterusnya menyunbang kepada kekalahan Tentera Republik Arab Bersatu.

Kronolgi Perang Enam Hari boleh didapati di http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Enam_Hari#Aliran_menuju_peperangan . Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita, umat islam hari ini.

2 comments:

  1. Wan masa 6-Day War, kelengkapan perang Yahudi kebanyakannya bukan dari US atau kalau dari US pun, tinggalan WW2 yang dimajukan mereka. Contohnya

    Pesawat - Mirage III, Vautour, Ouragan, Msytere, Super Mystere (Perancis)
    Armor - Centurion (UK)AMX-13 (Perancis)

    Dan pasal armor Mesir tiada perlindungan udara....bukan sebab belot, tapi sebab tentera udara Mesir telah dimusnahkan dalam serangan pre-emptive Yahudi pada 5 Jun 1967.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat tambahan anda Alpha...

    Info yang Wan perolehi melalui pembacaan mungkin adakalanya didapati dari sumber yang kurang tepat & komen seperti ini amatlah dihargai...

    tambahan :Bagaimana Bangsa Yahudi memperolehi aset2 sebegini rupa, sedangkan dahulunya bangsa ini menderita akibat ditindas oleh Nazi@USSR jika bukan dari US???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...