Tengah dok syok2 discuss pasal persent esok kat bilik Zul nun Gemia 2 sana. Tetiba roomate Wan bagitau yang bilik baru je kena 'spotcheck' dengan Pak Guard. Yang peliknya, katanya cuma bilik ni je yang kena.
Abis almari, bawah tilam & atas syiling kena geledah. Macam la bilik ni ada 'tokan' mercun, padahal main pun tak. Mybe bilik ni paling dekat dengan 'port' strategi nak 'launch' mercun roket bila jadinya perang antara blok. Nasib baiklah malam tu takde yang simpan stok mercun kat bilik.
mesra la sangat....
Malam ni aman la sikit, tak macam 2-3 hari lepas sebab malam ni Wan nampak setiap blok ada Pak Guard yang jaga. Tak penah2 sampai macam ni. Ni semua gara2 2-3 hari lepas yang jadinya perang antara blok, dah macam tak terkawal dah. Dengan yang main mercunya, yang terpekik-melolongnya. Ditambah lagi dengan 'Alarm' kereta & moto yang 'terkejut' dengan letup2 mercun tuh, memang hiruk-pikuk.
Last2, 'perang' stop bila AJK surau mainkan ayat Al-Quran melalui pembesar suara diseluruh blok. Setakat ni, tu jela cara terbaik nak stopkan dieorang ni, nak harapkan Pak Guard pun time Pak Guard takde dieorang main lagi.
live 13 September 2009 lalu...
video 'perang' kat atas ni mybe yg terakhir & ter'sengit' kat Gemia stakat nih...
ReplyDeletecoz pak guard dah ketatkan kawalan & sorang dah kena tangkap malam tadi...
lagipun malam esok Wan dah grak balik kampOng.. yahoOO...