Monday, September 14, 2009

Petronas Penapisan(T) Sdn.Bhd

"Kami (Badrul, Redzuan, En Muhammad & Zulkarnain)
'rakan sekerja' di'perantuan' 
mengucapkan Salam Syawal kepada 
rakan2&keluarga di'tanah air"....
Korang jangan la salah anggap, sebenarnya gambo kat atas ni yang Wan baru uploadkan kat 'Facebook', 'Friendster' & 'Tagged' tu adalah gambar kenangan grup Wan bersama En. Muhammad b.Bahar yang assist grup Wan sepanjang industrial visit khamis lepas. Gambar ni diambil di pejabat beliau pada hujung sesi lawatan.

Lawatan yang dibuat pada hari Khamis (10 Sept 2009) ni adalah untuk memenuhi prasyarat bagi kursus Process Plant & Maintenance(CHE 324). Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan kepada Wan tentang dunia sebenar Industri Pemprosesan PetroKimia.

Selain daripada tu, Wan juga belajar camne nak buat 'deal' @ 'appoinment' before buat sesuatu visit. Sebab untuk visit ni sahaja, lebih kurang 6 company yang Wan dah contact termasuk PETRONAS PENAPISAN (T) SDN.BHD nih.


Tujuan utama grup Wan ke sini adalah untuk melihat sendiri operasi MENARA PENYEJUK ataupun COOLING TOWER pada skala industri seperti di Loji Pemprosesan Petronas ini. Loji ini memilih untuk menggunakan cooling tower jenis 'INDUCED DRAFT', yang mana ciri utamanya mempunyai kipas utama diatas menara. Sepanjang lawatan juga Wan berpeluang untuk memasuki ruang dalaman menara & naik ke bahagia atas menara.

 
Macam biasa la bila kat Plant nih die punya sekuriti and safety is number one. Sebelum masuk tu memang kena amik 'passcard', tu baru nak masuk admin area. Bila nak masuk Plant plak kena pakai overall (yang warne kuning tu), safety boot, hard hat, eye glass & ear bud. 
 
Kamera & henset pun tak bleh bawak masuk. Ini yang jadi masalah kat grup Wan sebab gambar ni kena ada sebagai bahan masa presentation nanti. So, seboleh-bolehnya Wan nak amik gambar, sampaikan pihak plant terpaksa call pihak Headquarters kat Kuala Lumpur untuk approve. Last2, Wan dapat kebenaran tapi dengan SYARAT hanya menggunakan kamera company. Pada Wan itu pun jadi la, berhasil gak usaha Wan force dieorang walaupun segan. Tapi nak belajar apa yang nak disegankan kan? kalo tak sia2 la lawatan Wan ni.

Wawawa.... dan sampailah ke malam ni skarang, Wan nak wat slide Presentation tuk esok. Ape ek nak letak?? Doakan Presentation Wan esok berjalan dengan lancar. Ok, babai....

2 comments:

  1. skali present harini cancel da...
    pas cuti raya nanti la jawabnye baru dapat present...

    ReplyDelete
  2. as salam..
    kamera?
    haha. saya selamba bawak je. janji jangan terkena tangkap waktu snap tu.
    kat mana2 pun, memang dilarang keras. kat offfshore, lagi la.huhu..on the spot chopper sedia menunggu nak mencampak pulang.
    huu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...