Friday, September 4, 2009

"Selamat Datang Kapal Selam pertama Malaysia"



Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) akhirnya tiba DiMalaysia melalui Selat Melaka semalam(2 Sept) setelah menempuh pelayaran selama 55 hari dari Perancis. Hari ini Majlis sambutan ketibaan telah diadakan di Pelabuhan Klang yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua turus Angkatan Tentera Tan Sri Azizan Ariffin dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Laut, Darat dan Udara.

KD TAR yang dikendalikan oleh Kapten kapal, Komander Zulhelmy Ithnain dan 35 orang krew akan akan berada Di Pangkalan TLDM Pulau Indah sehingga 4 September sebelum berlayar ke Pangkalan Utama TLDM Lumut. Kemudian KD TAR akan belayar ke Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang merupakan markas operasi bagi kedua-dua kapal selam untuk ditempatkan disana.



Kapal selam berkenaan turut akan dipamerkan Di Pameran Angkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA)2009 pada 1 hingga 5 Disember. Kapal selam kelas Scorpene ini adalah satu daripada dua kapal selam yang ditempah oleh TLDM pada 2006 sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Armada yang diikuti dengan perolehan Frigat kelas Lekiu, Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) dan Pesawat ronda maritim.

Malaysia membeli dua kapal selam kelas Scorpene ini dengan kos RM3.4 billion. Kerja2 pembinaan dilakukan bersama firma DCNS dari Perancis dan firma Navantia dari Sepanyol.



Scorpene merupakan kapal selam tempur konvensional yang turut dilengkapi dengan 6 tiub Tropedo paduan wayar BlackShark dan Peluru berpandu anti-kapal Exocet SM-39 yang mampu dilancarkan serantak pada satu-satu masa. Kapal selam janakuasa diesel-elektrik ini mempunyai kelajuan 20 knot semasa menyelam. Kapal selam Kedua pula dinamakan KD Tun Razak dan dijangka akan tiba di Malaysia pada Mac 2010.

(sumber : defense-studies.blogspot.com)

2 comments:

  1. bgos la ko ni..
    aku psal ngara org pn tatau
    ni kan ngare sndr..
    nway, trimas
    ko la ank jati pt tengah y aku bangga kan
    ceh!!
    peace ^^

    ReplyDelete
  2. thnks..
    aku bab2 defence ni mmg update blake...
    thnks again coz sudi bce...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...